My Favourites....


Hehe...di kala hujan yg turun mencurah-curah ni (dari awal pagi sampai skg jam 2 tak brenti lagi) sambil bertemankan siaran astro ria (tengah tayang filem zombi kampung pisang), diri ini ditemani dengan novel BAJU PENGANTIN MAK ANDAM karya AREILA SAHIMI...ralit pulak bace novel ni...dah hampir separuh novel ni aku baca...erm..tak sangka pulak bes..aku ni jarang beli novel selain dari terbitan Alaf 21...tah macamane terbeli novel KAKI NOVEL ni...tupun sebab 'ter'baca review novel ni kat internet...cam kekako je..ari tu jalan2 kat MBS lagi skali 'ter'jumpe novel ni apalagi trus aku capai...erm nampaknye tak berbaloi la aku beli...



Judul :Baju Pengantin Mak Andam
Penulis :Areila Sahimi
Harga : RM18
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Sinopsis : Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta.Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang peernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapoi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? BIar yang simpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan. Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya?Zain?Kak Ana?Rozy?Azizul?



1 comments:

farah fahmy said...

tak boleh nak komen lebih2 sebab baru baca separuh...tapi setakat ni ia tak mengecewakan...

Post a Comment

Archives